4 Perkara Yang Wanita Suka Lakukan Tapi Dibenci Lelaki

4 Perkara yang Selalu Wanita Lakukan Tapi Dibenci Lelaki



Tajuk artikel kali ini pasti membuatkan wanita tertanya-tanya, apakah 4 perkara yang selalu dilakukan tapi dibenci lelaki?

Wanita yang memiliki rupa paras yang cantik dan baik hati mampu memikat hati lelaki. Tetapi bagaimana pula dengan tabiat yang sering anda lakukan? Adakah ianya disukai oleh lelaki?

Menerusi hanasuva.com, jom ketahui 4 perkara tersebut yang wanita suka dan selalu lakukan dan dibenci oleh lelaki.

Suka selfie

Seperti yang kita tahu, wanita dan ‘selfie’ tidak dapat dipisahkan. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti telefon pintar atau kemera menjadi peneman hidup. Lelaki tak suka! Sekali-sekala tu mungkin okay!

Muat naik banyak gambar selfie

Mesti anda pernah mengalami situasi dimana rakan anda muat naik 3 hingga 4 gambar selfie mereka dalam satu hari. Menyampah kan? Sama juga seperti lelaki, mereka menganggap ianya sebagai gangguan.

Pakai mekap tebal

Kebanyakan wanita sekarang pakai mekap tebal sehinggakan wajah sebenar mereka jauh berbeza apabila tidak memakai mekap. Lelaki lebih sukakan mekap yang minimal.

Konon lemah di depan lelaki

Ada wanita yang sering melakukan perkara ini. Mereka bertindak seperti kebudak-budakan dan berpura-pura lemah di hadapan lelaki, semata-mata untuk menagih simpati. Lelaki tak suka perangai tak semegah macam ni.