Tahukah anda tentang kehebatan 9 srikandi islam yang boleh dijadikan ikutan buat semua muslimah? Selain mampu kejelitaan,mereka juga memiliki nama yang indah dan yang uniknya adalah nama meraka diawali dengan nama yang sama, mereka adalah srikandi islam yang menjadi contoh sepanjang zaman.
Ayuh sama-sama mengenali insan terpilih tersebut:
1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).
5) Siti Mariam
Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti’ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘SITI IMPIAN’. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?