AMARAN! Peminat Dinasihatkan Jangan Ikut Cakap Emma Maembong??

Nasihat yang sangat berguna perlu diambil tahu oleh remaja pada masa kini.. Ingat lagi tak dengan kisah hangat pelakon Emma Maembong? Pasal ada orang perlekeh dia tak ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..



Bila dah kena perlekeh macam tu tak kan Emma nak diam, dia pun tampil bagi alasan pada media sosial bahawa masa depan tak akan jadi gelap pun tanpa pelajaran.. Tanpa SPM, dia still boleh hidup dan sara keluarga dia..

Alasan Emma tu memang buat ramai netizen yang tak puas hati.. Takut-takut remaja yang baca terpengaruh pulak.. Semua pakat tak mahu belajar, dah tak ada SPM pun boleh berjaya macam Emma.. Ye dak?

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Farid Wajdi minta semua orang jangan dengar cakap Emma.. Iyalah, tak semua orang bertuah macam Emma.. Tak ada SPM pun boleh berjaya macam sekarang..


Tapi, korang pernah tahu ke.. Sebenarnya lagi ramai yang tak ada SPM hidup miskin dan papa kedana.. Jom dengar penjelasan Farid yang panjang lebar ini..

Secara jujurnya, memang betul jugak apa yang dikatakan individu ini.. Bukan semua orang memiliki wajah cantik dan bakat berlakon macam Emma.. Miss A rasa kalau ramai remaja sekarang yang tiada sijil SPM, susah jugak nak cari kerja..

Ada ke orang nak ambil pekerja yang tak ada SPM.. Jadi pelakon tapa la tak ada SPM pun orang tak kisah sangat.. Apapun, pelajaran jangan diabaikan..