Ibu Tiri Durjana Dera Anak Tiri Sampai Separuh Mati
Seorang budak perempuan berumur lima tahun cedera di beberapa anggota badan didakwa didera dengan teruk oleh ibu tirinya. Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.
Kejadian hanya disedari oleh ibu kandung mangsa, Sana Abdul Malek, 28, pada khamis lalu, selepas mengambil anaknya di rumah bekas suaminya.
Beliau yang sebelum itu dihubungi ibu tiri mangsa meminta mengambil kanak-kanak malang terbabit kerana tidak mampu menjaganya.
Budak perempuan yang menjadi mangsa dera terbabit dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
"Sampai hati Yaya diperlakukan seteruk ini," luahan Sana Abd Malek sayu.
Berikut merupakan luahan ibu saudara mangsa, Sheila Khan di laman sosial
Sana terkedu melihat keadaan anaknya yang cekung dan dalam keadaan menanggung kesakitan yang teramat.
Menurut Sana, kali terakhir beliau berjumpa dengan anaknya pada Ramadan tahun lepas, setelah bekas suaminya tidak membenarkannya bertemu dengan mangsa.
"Luluh hati saya melihat kesan parut di belakang badannya dan luka di kepala. Doktor juga memaklumkan anak saya turut patah tulang belakang." Tambahnya lagi.
Berikut pula merupakan keadaan mangsa di Hospital
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya didera.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes terbabit disiasat 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan polis sudah mengambil keterangan ibu kandung mangsa,
Sementara itu, seorang individu (dipercayai ibu saudara) tampil mendedahkan wajah 'ibu tiri setan' itu menerusi akaun facebooknya hari ini.
Suspek telah melarikan diri bersama suaminya dan gagal dikesan. Mohon kepada semua untuk sebarkan gambar ini bagi memudahkan kerja polis memberkas suspek.
Ini pula adalah gambar Raisha Hassan, ibu tiri mangsa yang tersebar di laman sosial