Wowww.. Angan-angan nak beli iPhone 6 secara online sebab nak hadiahkan dekat anak tetapi last-last bila bungkusan sampai ada biskut je kat dalam kotak iPhone 6 tu, kurang ajar punya peniaga online.
Rugi RM890, terpaksa la berputih mata menanggung kerugian. Mangsa yang berusia 40 tahun, Nor, berasal dari Terengganu turut menceritakan pengalaman bagaimana dia boleh tertipu dengan peniaga tersebut.
“Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050, namun dia sendiri secara sukarela hendak memberi diskaun barang tersebut dengan harga RM1,890 sekiranya saya berminat.
“Setelah bertanyakan beberapa soalan bagi meyakinkan saya memandangkan sebelum ini anak pernah tertipu, jadi saya bersetuju kerana si penjual ini pandai berkata-kata seolah-olah sudah memiliki pengalaman yang luas,” katanya
Lepas dua-dua setuju Nor pun bank in lah RM300 kononnya wang pendahuluan dan baki bayaran bank in lepas barang dah sampai.
“Namun, semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan tersebut kononnya barang sudah dipos sebelum meminta saya memasukkan lagi RM590.
“Jadi, saya tanpa berfikir panjang, yang dengan melihat bukti gambar yang dihantar itu, saya terus memasukkan wang seperti yang diminta ke akaunnya,” katanya.
Jelasnya lagi, setelah hampir enam hari menunggu, barang yang dijanjikan pun tiba.
Namun alangkah terkejutnya Nor apabila mendapati di dalam bungkusan itu hanya ada beberapa kepingan biskut yang diletakkan di dalam kotak iphone 6 itu.
“Bagi mengaburi mata kami dan mungkin ingin menyedapkan hati, si penjual telah menggunakan kotak iphone 6, namun isi di dalam kotak tersebut digantikan kepada beberapa kepingan biskut.
“Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya ketika melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut, mahalnya nilai biskut ni, RM890,” katanya.
Kata Nor perniaga tu bernama Hafriz dan berasal dari Kangar, Perlis. Dia ada juga cuba contact penipu tu tapi takde respond.. Laman web dan Instagram Hafriz pun masih lagi aktif.