Kes Pelajar Tahfiz Dihalau - Ustazah Durratun Naim Lidah Bercabang dan Kurang Ajar!




Susulan Kes Pelajar Tahfiz Minta Henti Lagu Dangdut Ditinggal di Tepi Jalan | Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan kejam seorang pemandu bas yang dikatakan telah mengusir sekumpulan pelajar Tahfiz yang dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka.


Gambar pelajar Tahfiz telah dikongsikan oleh Ustazah mereka sendiri iaitu Ustazah Durratun Naim yang minta agar gambar-gambar tersebut diviralkan.

Tindakan pemandu terbabit menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mereka menyifatkan tindakan tersebut tidak berperikemanusiaan.

Antara gambar yang tersebar:




Gambar tersebut disertai dengan caption:


"Inilah bas lahanat yang sanggup tinggalkan anak2 tahfiz tepi jalan... Sedih bila orang Islam sendiri buat anak2 yatim dan fakir macam ni. Kau jangan lupa doa anak2 yatim yang dianiaya ni mudah makbul.

Pakat viral, biar lingkup syarikat bas ni. Dah call banyak kali tapi tak angkat. Sewa bas bukan murah.. Ikutkan hati nak je doa biar driver tu eksiden mati masuk gaung.. Geramnyer"

Terbaharu, tersebar satu petikan Whatsapp yang menyatakan bahawa pemandu bas tersebut tidak salah malah yang salah sebenarnya dari pihak ustazah terbabit.

Menurut beliau, Ustazah Durratun Naim membuat kenyataan palsu dan bersifat kurang ajar terhadap pemandu bas yang seorang lurus bendul dan menurut perintah.

Ikut petikan Whatsapp yang menyokong pemandu bendul terbabit:


Menerusi petikan Whatsapp tersebut, cerita yang tersebar dikatakan adalah auta belaka dan pelanggan putar belit cerita dan mendakwa Ustazah Durratun Naim lidah bercabang.

Dalam perjalanan dari Jitra ke Melaka, ustazah itu dikatakan tidak mengambil nombor telefon pemandu dan ustazah disifatkan sebagai sombong dan setibanya di Melaka, Ustazah dan pelajarnya turun untuk makan tengah hari tanpa mempelawa si pemandu.

Ustazah tersebut juga dikatakan meletakkan kaki pada partition dan marah apabila ditegur dengan cara baik. Ustazah terbabit juga dikatakan bertindak memaki si pemandu dan si pemandu telah menurunkan semua penumpang di Melaka Sentral atas permintaan ustazah.

Kesimpulannya, kedua-dua pihak patut berjumpa dan menyelesaikan sendiri kes mereka. Sekiranya benar si pemandu bersalah, adukan saja pada pihak berkuasa.