Mengejutkan! Rafizi Ramli Isytihar Aset Beliau Sebanyak RM1.56 Juta!!


Mengotakan kata-katanya, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan aset dan perbelanjaannya hari ini.

Ia menunjukkan pendapatan Rafizi sebanyak RM11,171 sebulan di samping mendapat faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd.

Beliau juga mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat.

Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.

Bagaimanapun, beliau juga dipercayai menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan berkata perbelanjaan menggunting rambutnya cuma RM10.