Kevin Systrom, usahawan yang berusia 27 tahun membangunkan syarikat Instagram bersama Mike Krieger pada bulan Oktober 2010. Dalam tempoh 15 bulan, syarikat ini hanya mempunyai 13 pekerja sahaja.
Bermatlamat untuk menghasilkan sebuah aplikasi perkongsian gambar yang membuatkan penggunanya teruja untuk menggunakannya setiap hari, kini syarikat itu menjadi 100% milik Mark Zuckerberg dengan nilai melebihi 8 angka.
Instagram – 5 Rahsia Membina Perniagaan Bernilai Bilion Ringgit
Dari aspek keusahawanan, terdapat lima elemen penting yang boleh kita ambil daripada kisah kejayaan mereka berdua membangunkan Instagram. Antaranya adalah:
- Fokus pada minimalis.
- Kuantiti tidak menjejaskan kualiti.
- Sekecil-kecil masalah adalah peluang yang besar.
- Tambah nilai, angka bilion akan hadir.
- Setia dan percaya pada visi.
#1 – Fokus Pada Minimalis
Perbezaan ketara di antara aplikasi Instagram dan aplikasi-aplikasi perkongsian gambar yang lain adalah pendekatan yang dibawa oleh dua orang usahawan ini.
Meletakkan terlalu banyak fungsi menarik tidak menjamin pengguna akan suka pada aplikasi kita.
Dengan mengamalkan pendekatan minimalis (satu daripadanya adalah gambar-gambar hanya boleh berkongsi di Twitter dan Facebook), Apple mengumumkan aplikasi Instagram sebagai “App of The Year” pada tahun 2011.
Sesuatu yang simpel jangan disangka tidak akan mencetuskan kejayaan berganda. Ini sudah dibuktikan oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger.
#2 – Kuantiti Tidak Menjejaskan Kualiti
Persepsi ini tidak betul. Instagram berjaya dijual dengan nilai USD1 bilion ketika jumlah keseluruhan pekerja dalam organisasi tersebut hanya mempunyai 9 orang sahaja.
Kejayaan sebuah syarikat tidak bergantung pada jumlah pekerja yang ramai. Kualiti sentiasa berjaya menandingi kuantiti.
Namun begitu, sekiranya Instagram mempunyai banyak kuantiti pekerja yang berkualiti, yakni memenuhi keperluan skil untuk memantapkan pembangunan syarikat, diyakini nilai Instagram akan jauh lebih besar berbanding USD1 bilion.
Semakin hari, banyak bukti yang menjelaskan kepada kita bahawa setiap masalah itu ibarat peluang keemasan. Perkara ini turut berlaku dalam kes aplikasi Instagram.
Ketika ia pertama kali dilancarkan pada Oktober 2010, Kevin menyatakan dalam blognya di mana tujuan Instagram dibina adalah untuk menyelesaikan masalah orang ramai mengenai:
- Isu gambar yang diambil tidak cantik dan sukar untuk diedit serta merta.
- Isu masa yang diambil terlalu lama untuk muat naik gambar ke dalam ruangan Internet.
- Isu kesukaran untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan sekeliling.
#4 – Tambah Nilai, Angka Bilion Akan Hadir
Masalah yang disinergikan dengan solusi yang dapat menambah nilai dalam kehidupan orang ramai akan menghasilkan lebih banyak manfaat. Sama ada dari sudut ekonomi, sosial dan pelbagai lagi.
Jawapan yang beliau berikan adalah, “Kami tidak pernah terfikir untuk menjual syarikat ini.”
Sehingga hari ini, kedua-dua pemilik aplikasi perkongsian gambar ini menjelaskan matlamat utama Instagram adalah untuk menambah nilai terhadap diri pengguna telefon pintar.
Mereka mahu pengguna mempunyai kemudahan untuk:
- Mengedit gambar dengan pantas dan kelihatan profesional.
- Memuat naik gambar dalam jangka masa yang singkat.
- Berkongsi dengan rakan-rakan khususnya menerusi ruangan sosial seperti Twitter dan Facebook.
#5 – Setia dan Percaya Pada Visi
Cara paling mudah untuk mencapai visi ini adalah dengan berdampingan dengan orang-orang yang sudah berjaya mencapai visi yang hampir sama dengan apa yang kita mahu capai.
Kevin berpengalaman bekerja di Google dan memperoleh 1,001 pengalaman menakjubkan menerusi inovasi yang dibangunkan oleh syarikat gergasi enjin carian itu.
Dalam masa yang sama, ia memperkukuhkan visi beliau dengan rakannya mengenai kuasa social sharing dalam dunia teknologi masa kini.
Sumber: Majalahniaga.com