Kisah Nenek Diselubungi Misteri, Radio Dipasang Kaset Al-Qur'an Meletup!

SEREMBAN - Kehidupan seorang nenek di Taman Panchor Jaya, di sini, diselubungi misteri apabila berlaku pelbagai kejadian ganjil di rumahnya, termasuk pakaiannya sering dicuri dan dikoyak sebelum dipulangkan semula.



Lebih menghairankan, tiada langsung sebarang kesan pecah masuk pada rumah membuatkan Zainon Baharuddin, 67, buntu memikirkan kejadian itu yang mula mengganggu hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Kira-kira tiga tahun lalu, kejadian ganjil yang berlaku pada Zainon di rumah itu pernah dilaporkan, namun sehingga kini misteri berkenaan masih terus berlaku dan belum terjawab.

Zainon berkata, antara keganjilan berlaku adalah barangan seperti perabot, beg tangan dan kasut pemberian anaknya kelihatan seperti ditoreh menyebabkan dia terpaksa membuang sahaja barangan itu, selain lantai rumah mempunyai kesan dikorek.

Menurutnya, kejadian Sabtu lalu lebih mengejutkannya ketika dia bersendirian di rumah, apabila radio yang dipasang dengan kaset ayat al-Quran di dalam bilik anaknya, secara tiba-tiba meletup.

“Saya memang biasa pasang kaset ayat al-Quran di rumah. Ketika itu saya pasang dua radio, satu di ruang tamu dan satu lagi di dalam bilik anak saya.

“Tapi tiba-tiba radio dalam bilik anak saya meletup dan radio di ruang tamu serta semua lampu yang dipasang terpadam,” katanya.

Menurutnya, dia yang ketika itu berada dalam bilik utama terus melaungkan azan dan selepas lima minit keadaan kembali normal.

"Tidak cukup dengan itu, pakaian yang saya simpan dalam almari sering kali hilang, tapi selepas beberapa hari akan ada semula di tempat asal namun ada kesan koyak.

“Saya pun pelik, tak tahulah kenapa. Kejadian seperti ini berlaku berulang kali dan saya sudah minta bantuan beberapa ustaz untuk datang ke rumah membaca Yasin.

“Biasanya, selepas itu kejadian pelik ini senyap sekejap sebelum berulang semula. Pernah pagi-pagi di hadapan rumah saya disimbah dengan air yang tidak tahu perbuatan siapa,” katanya yang turut membuat laporan polis.

Nenek kepada 18 cucu itu bagaimanapun mengakui sudah lali dengan kejadian berlaku dan tidak menolak berkemungkinan ia perbuatan sihir dilakukan individu tertentu berniat menganggu hidupnya.

“Anak saya bimbang dengan keselamatan saya. Tapi saya berserah kepada ALLAH kerana Dia lebih mengetahui.

“Cuma saya pelik kenapa pakaian saya dikoyak dan apa motifnya?. Lagipun saya tidak bermusuh dengan sesiapa.

"Kalau ada siapa yang dengki dengan saya, bertaubatlah," katanya.

MENYERAMKAN!! Lelaki Ini Kongsi Kisah Pengalaman Bagaimana Suasana Berada Di Dalam Kubur

Kisah ini telah di terbit di facebook Mohd Noor dan di kongsi bersama setelah membuat beberapa perubahan ejaan. Semoga mendapat manfaat daripada artikel ini.



Pengalaman yang tidak ternilai ialah saya pernah masuk dalam kubur pada jam 12.30 pagi dan merasai bagaimana suasana berada dalam kubur selama 15 minit.

Saya merasai saat paling sunyi sepi yang tak pernah di rasai di dunia ini, sampaikan pasir sebutir jatuh pun boleh dengar, gelap yang amat sangat malah tangan sendiri puntak nampak dan setelah 5 minit mulalah keluar serangga dan menggigit kaki.



Masa ni barulah teringat dekat orang-orang yang pernah bersama kita di dunia ini. So jagalah silaturahim sesama kita sebelum kita keseorangan nanti.


8 Kisah Seram Yang Menghantui Lebuhraya Karak Sehingga Kini

8 Kisah Seram Yang Menghantui Lebuhraya Karak Sehingga Kini



Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1. Fru Bertembung
Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Tidur di Genting Sempah
Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berhenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.Volkswagen Kuning



Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4. Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

Antara Kisah Di Jalan / Lebuh raya Karak

5. Kereta Antik
Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

6. Konduktor Bas
Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

7. Bekas Ketua Komunis
Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

8.Hantu Makan Orang
Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

P/S : Yang baik datangnya dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri..

SERAM! Ini Tempat Paling Berhantu & Dikatakan Paling Keras Di Malaysia

13 Tempat Paling Berhantu & Dikatakan Paling Keras Di Malaysia


Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya, sini ada 13 tempat dianggap paling berhantu di Malaysia..yang mana satu paling seram ??!!

1. Highland Tower – Kuala Lumpur


Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana

2. Banglo Mona Fandey


Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3. Kemayan City – Johor Bahru


Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4. Lebuhraya Karak


Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5. Villa Nabila – Johor Bahru


Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini

6. Amber Apartment – Genting Highland


Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang


Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8. Institusi St. Michael – Ipoh


Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK) , Kuala Kangsar – Perak


Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur


Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur


Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok – Sabah


Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu


Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.


15 Kepercayaan Tahyul Masyarakat Melayu Yang Masih Lagi Diamalkan

Ada banyak kepercayaan Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga menganggapnya sebagai kepercayaan tahyul.



Tanda-tanda alam itu dikatakan boleh memberi gambaran maksud samada petanda ia negatif atau positif.

1. Jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

2. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orang Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.

3. Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.

4. Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya(kepercayaan masyarakat zaman kesultanan Melayu dahulu kala)

5. Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda akan turunnya hujan pada hari tersebut.

6. Ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut atau puting beliung.

7. Jika banyak kelkatu yang menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

8. Kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.

9. Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan berkunjung ke rumah.

10. Namun jika kumbang atau ‘belalang pelesit’ yang masuk ke dalam rumah, bermakna ada benda mistik yang tidak elok bertandang.

11. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak ‘mengiyakan’ percakapan kita.

12. Sekiranya kita berjalan dan ada binatang melintas di depan juga mempunyai beberapa maksud. Jika kucing yang melintas jalan kita di depan, itu membawa maksud akan bertemu rakan anda sepanjang dalam perjalanan tersebut.

13. Jika biawak pula yang melintas, bersedia untuk menanggung beban. Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahsa ‘Biawak Hidup’ yang menyamakan dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan hidup orang lain.

14. Sekiranya kita didatangi serangga tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, atau kumbang, sebaiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ia dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran makhluk serangga sepertini terjadi secara alamiah.

15. Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi.

Walaupun kebenaran dari tanda-tanda yang terjadi ini adakalanya banyak diragui, namun masyrakat Melayu terdahulu menganggap memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan alam spiritual disekeliling

Info diatas bertujuan sekadar memberi gambaran bahawa masih ada lagi segelintir masyarakat Melayu yang mempercayai amalan kuno ini, biarpun beberapa kepercayaan ini telah lupus dimamah zaman, tetapi masih wujud lagi di sesetengah tempat dimana mereka mengamalkan amalan tersebut.

Bagaimanapun berbaliklah berpeganglah pada kitab ajaran Islam, dan percayalah disetiap kejadian itu adalah atas kekuasaanNYA…

MENYERAMKAN! Kanak-Kanak Menemui Sesuatu Yang Menakutkan Di Dalam Rumah Mereka!

Kebanyakan orang percaya bahawa mereka berasa selamat apabila berada di dalam rumah mereka sendiri..Walaubagaimana pun, kisah ini pula membuktikan sebaliknya, walaupun, ia jarang-jarang berlaku..Di sini, ketika kedua kanak-kanak lelaki sedang bermain di dalam bilik ibu bapa mereka, mereka telah membuat satu penemuan yang mengejutkan..Ini boleh menakutkan mana-mana pemilik rumah yang mempunyai masalah yang sama..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Rumah yang mereka diami telah dibina sejak awal tahun 2000 lagi. Jika sekali tengok, tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai rumah ini.


Tetapi, lain ceritanya apabila si pemilik baru menjumpai satu ruang rahsia di bahagian belakang rak buku..



Bilik ruang rahsia itu turut mempunyai anak tangga.



Tangga yang tinggi dan berputar itu didapati menuju ke arah bawah, secara terus di dalam dinding.



Di dalamnya, kedua kanak-kanak ini telah menemui perkara yang menakutkan: bukti bahawa terdapat orang lain yang turut tinggal bersama mereka. Di dalam dinding mereka sendiri.



Mereka juga turut menemui sebatang anak kunci yang aneh dan tidak diketahui apa yang ia boleh bukakan.



Dan sudah tentu, mereka juga menemui anak patung yang menyeramkan di dalam bilik rahsia itu.



Pada masa ini, pihak polis masih lagi giat menjalankan operasi mencari individu yang tinggal di dalam rumah mereka. Kerana terdapat sisa-sisa makanan, ia seoalah-olah menunjukkan individu terbabit boleh keluar dan masuk pada bila-bila masa yang dia suka. Selain itu, terdapat juga timbunan kecil pakaian di sekitar katil itu. Gula-gula dan snek yang dimakan turut dikenalpasti sebagai kepunyaan kanak-kanak berkenaan, tetapi sesiapa sahaja yang tinggal di ruang berkenaan, dia mampu merangkak keluar pada waktu malam untuk mencuri sesuatu.


p/s: Berhati-hati lah apabila membeli rumah, takut-takut nanti ada yang menumpang sekali..


GEMPAR!! Kisah Aneh Dan Pelik Apabila Bayi Bertukar Menjadi Seekor Buaya!



Misteri Wanita Berambut Panjang di Hospital Putrajaya

Difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Biar Betik? Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Amboi, siapa pula Shasha sebenarnya? Wanita itu digelar hantu Shasha.



Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas. Upacara memagar tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dan ia dilakukan oleh 40 orang perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.

Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu. Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’. Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan. Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.

Kenali 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia!

Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut. Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, pontianak dan sebagainya, tetapi bagaimana di negara-negara luar? Adakah hantu paling seram bagi mereka?

Jom kita lihat 10 hantu paling seram di serantau dunia.

Zombie

Zombie

Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi. Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup termasuklah manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.

Aswang

Aswang

Hantu paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam. Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam.

Yurei

Yurei

Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil "Hitodama". Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Sentiasa hauskan darah manusia. 

Rugaru

Rugaru

Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru. Keadaan tidak normal ketika ingin menjadi rugaru adalah, dia sentiasa berasa lapar dan memakan apa saja dihadapannya. Hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.

Banshee

Banshee

Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee adalah lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan menangis di belakang orang yang akan meninggal.

Bloody Mary

Bloody Mary

Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya sendiri untuk satu ritual ilmu hitam. Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal dunia. Untuk memanggil hantu Bloody Mary, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.

Doppelganger

Doppelganger

Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan setakat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda. Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.

Wendigo

Wendigo

Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan mempunyai rupa seperti serigala. Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.

Incubus

Incubus

Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi. Setelah menemui sasarannya, Incubus akan mengadakan hubungan kelamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya. Apabila mengandungkan anak Incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal dunia. Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus di alam ghaib.

Changeling

Changeling

Makhluk yang digelar Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali.

Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza.

Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup  dan akan membawa bencana kepada anda.

SERAM!!!!! Gambar Hantu Air Menempek Di Belakang Kaki Pancing!!!



Fuhhhh.. Yang ni betul-betul punya seram ni. Sekali tangkap gambar, terus ada yang nak menempek. Bagi kaki pancing tu hati-hati lah yer kalau nak bergambar. Tambah-tambah pulak time waktu malam macam ni.

Dorang memang suka menempek, iyer lah dah nama pun tempat dorang. Sebab tu orang cakap kalau turun laut jangan mulut celupar. Orang yang tak kuat semangat tak payah ikut la. Kang lain pulak yang jadi.

Gambar yang dikongsi ni serius buat bulu roma korang berdiri. Bila tengok je gambar yang dorang zoom ni, mesti korang rasa macam ada orang yang perhatikan korang. Wuuuuwwww ! Serammmm ! Biasa lah kat laut kan memang tempat untuk dorang buang semua benda-benda macam ni.

Normal la tu.. Haha ! Kalau Gomez la tak mau dah pi mincing malam-malam. Fobia terus nak tangkap gambar waktu malam. Takut makcik ni menumpang lagi hihi. Jangan renung lama-lama satgi makcik ni muncul pulak kat belakang haha.