Pasangan Ini Tiru Semula Gaya Selfie Anak Perempuan Mereka Bersama Bfnya

Banyak cara yang boleh  dilakukan untuk mempamerkan kemesraan anda bersama pasangan di media sosial seperti di Facebook atau di Instagram. Ada juga yang memuatnaik gambar bersama pasangan hanya kerana ingin membuatkan orang lain berasa cemburu. Namun pernahkah anda bayangkan jika orang yang usianya jauh lebih tua dari anda  meniru semua ekspresi raut wajah dan gaya pose anda di dalam gambar yang anda muatnaik?



Kejadian yang unik ini dialami oleh seorang gadis  dari Amerika, dimana gaya pose serta ekspresi wajahnya ditiru oleh ibunya yang tidak mahu kalah serta memuatnaik gambar tersebut ke laman sosial. Ibu ini meniru semula gaya pose puterinya yang baru saja menjalinkan hubungan bersama seorang jejaka bernama Johnny setelah kedua-dua mereka memuatnaik gambar tersebut di Twitter.

Gadis yang bernama Emily Musson ini selalu mempamerkan kemesraannya bersama Johnny di laman sosial.  Pose kedua-dua beranak ini  sangat mirip dan membuatkan si ibu seakan terkenang kembali nostalgia ketika berpacaran di usia muda dahulu.



Persamaan gambar ibu dan anak yang tampil serupa di laman sosial media  lantas menjadi popular. Malah dalam waktu sehari, terdapat lebih dari 40 ribu pengguna Twitter melakukan “re-tweet” dan mendapat 56 ribu “favorite”. Emily mengaku amat terkejut kerana gambar kedua orang tuanya itu sudahpun menjadi viral.



Anehnya, Emily masih belum lagi membawa Johnny untuk berjumpa dengan kedua orang tuanya. Emily tidak terasa langsung dengan perbuatan kedua ibu-bapanya kerana dia selalu menjadi bahan gurauan mereka tetapi Emily  terkejut kerana ayahnya yang sangat pemalu itu sanggup melakukan aksi demikian.



“Ayah saya sangat pemalu orangnya dan amat terkejut serta hairan mengapa tiba-tiba dia mahu tampil begitu,” ujar Emily.

Sumber dari www.mtv.com

5 Perangai Peniaga Bazaar Ramadhan Yang Buat Orang Ramai Menyampah

Biasanya mereka yang kerap mengunjungi Bazaar Ramadhan ini adalah individu-individu yang tak sempat memasak.

Jadi, suka atau tak, kenalah pergi beli walaupun kadang-kadang rasa menyampah je dengan sesetengan peniaga Bazaar Ramadhan ni. Nak tahu sebab apa?



1. Jual Karipap inti angin.



Fuh.. Dahlah memang ‘karipap’ merupakan makanan kegemaran. Semangat lah ni nak jadikan pencuci mulut, sekali kunyah-kunyah ada angin je. Inti secubit dua je!

2. Pakai baju ketat, mekap tebal



Ingatkan pelakon Opera Cina tadi, rupa-rupanya jual barisan gadis-gadis jual Roti John je. Dengan baju ketatnya. Ish. Kurang pahala abam!

3. Sambil jual, sambil ‘mengorat’



Situasi macamni selalu berlaku kalau penjual-penjual tu terdiri daripada kaum Adam. Masa tu lah nak minta nombor telefon la apa lah. Padahal dia tak tahu Encik Suami tengah on the way dari kedai sebelah.

4. Makanan perisa telur lalat



Tak sampai hati pulak nak letak gambar makanan ber’telur lalat’ kat sini. Tapi, realitinya kami sendiri pernah terkena dengan perisa tambahan ni. Ish. Meloya tekak!

5. Harga mahal cekik darah



Tiap kali tanya kenapa harga mahal berganda daripada tahun lepas, diorang kata sebab GST. Erm, so nak salahkan siapa ni? Huhu.

Fesyen Tudung Gaya Baru Versi Kool Fever Mula Trending

Fesyen Tudung Gaya Baru Versi Kool Fever Mula Trending




Sejak beberapa tahun ini, Fenomena Hijabista mula melanda negara kita. Jika dahulu, fungsi tudung hanya dikenakan untuk menutup aurat dan tidak banyak gaya yang digunakan.

Namun, pada hari ini gaya pemakaian tudung yang pelik-pelik telah muncul dengan dengan tujuan tampil dengan kelainan dan mengikut trend fesyen terkini.

Terbaru gaya tudung versi Kool Fever atau Selendang Naruto pula jadi trending. Agaknya style tudung ini akan banyak dikenakan oleh para hijabista pada hari raya tahun ini.



MELUCUKAN! Apabila PM Datuk Seri Najib Razak Mencuba Aplikasi How-Old.Net



Nampaknya dalam beberapa hari saja, laman milik Microsoft itu dilihat telah menjadi kegilaan para pengguna internet di Malaysia.

Aplikasi web tersebut menjadi trend bukanlah kerana ia benar-benar jitu dalam penekaan umur tetapi kesalahan yang dilakukannya sentiasa mengusik para pengguna.

Sehinggakan Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Najib Razak, memuat naik status telah mencuba permainan How-Old.net, banyak reaksi lucu datang dari netizen dapat dilihat.

Lebih melucukan apabila keputusan yang diperolehi Perdana Menteri adalah 46 tahun, jauh menyimpang dari usianya yang sebenar iaitu 61 tahun.

Hasil itu dikongsi oleh beliau di laman Twitternya dengan kapsyen, “Sy lihat ramai yg cuba teka umur. http://How-Old.net kata sy 46. Umur sebenar 61 #ILoveThisWebsite #HowOldRobot”.

Ramai yang mengganggap sikap sporting Najib adalah sesuatu yang patut dipuji.




Penyakit Facebook Yang Kini Dialami Oleh Setiap Insan!

Apakah ‘penyakit’ yang berlaku ketika anda melayari laman sosial paling popular di dunia iaitu Facebook?

Mungkin situasi di bawah ini mencerminkan realiti sebenar ketika anda melayari laman sosial tersebut, adakah anda pernah mengalami keadaan begini setiap kali memuatnaik status anda?

Yaaa… kami pun pernah alami perkara yang sama juga.. Tapi kalau ada dikalangan rakan FB anda yang mempunyai ramai Followers, Friends mungkin tak alami masalah begini agaknya… Sekadar santai….kahkahkah!

Terima kasih Satrika.My


FAKTA MENARIK! Perbezaan Hidup Sebelum Dan Selepas Berkahwin!

Memang tidak dinafikan, bila berkahwin hidup seseorang itu berubah. Bak kata Dato SM Salim, dulu lain sekarang lain. Apa yang lainnya?

Berkongsi sepenuhnya infografik dari blog Satrika.my, mungkin di bawah adalah contoh paling tepat perbezaan kehidupan sebelum dan selepas berkahwin…

 1. Asal nak lepak lama sikit, mesti ada call, mesej suruh balik umah.. lumrah lah kan..


2. Kehidupan berubah hampir 360 darjah selepas berkahwin


3. Sudah tentu!


4. Kalau wife anda suka masak+makan, teruskan makan pizza bersama isteri anda tu..


5. Sudah tentu, suami kena ingat setiap tarikh penting termasuklah tarikh wife anda bersalin nanti..


LAWAK PECAH PERUT!! Senarai Sarikata Bahasa Melayu Yang SANGAT KELAUT!!

Pernahkah kamu membeli DVD cetak rompak dan mendapati terjemahannya sangat lucu dan tak kena dengan maksud sebenar? Seperti filem Day After Tomorrow diterjemahkan menjadi Lusa.


Memetik sumber dari sebuah portal lawak satira [Disini] di bawah disenaraikan beberapa sarikata ‘ke laut’ yang pernah dijumpai:

1. Dialog:. Hi Baby..you look cute
Terjemahan lawak : Hai Bayi..awak nampak comel

2. Dialog: Aim..ready…Fire!!Fire!!
Terjemahan lawak: acu…sedia..api!!api!!

3. Dialog: Please help me get that contact lense
Terjemahan lawak: tolong ambilkan saya kanta perhubungan itu.

4. Dialog: Oh My God..Holy Shit!!
Terjemahan lawak : Oh Tuhan..Tahi suci!

5. Dialog : I dont give a damn about it..
Terjemahan lawak: aku tak beri celaka padanya

6. Dialog: Enemy in front… everybody duck!!
terjemahan lawak : Musuh di depan.. semua orang itik!

7. Tajuk Cerita: The day after tomorrow
Terjemahan lawak : Lusa

8. Dialog: The ghost is coming!! the ghost is coming !! get ready!!
Terjemahan lawak: momok datang..momok datang..siap sedia!

9. Dialong : This is ‘none of your business’
Terjemahan lawak : ini bukan syarikat anda

10. Tajuk Cerita: Mr.Bean’s holiday
Terjemahan lawak : Percutian encik kacang

11. Dialog : What the hell are you doing?
Terjemahan lawak: apa neraka yang kamu buat?

12. Dialog: Just plug and play..simple..
Terjemahan lawak : cuma cucuk dan main..mudah..

13. Dialog: Hand over that joystick to me
Terjemahan lawak: berikan aku kayu gembira itu.

14. Dialog: Are you Mr Parker?
Terjemahan lawak :Adakah awak Encik Letak Kereta?

15. Dialog: We’ve got company
Terjemahan lawak : Kami ada syarikat..

16. Dialog: wassup??..wassup.. bro?
Terjemahan lawak: apa di atas??..apa di atas bang?

17. Dialog: May I join you?
Terjemahan lawak :”Boleh saya sambung awak?”

18. Dialog : the male’s private part is missing!!
Terjemahan lawak : kawasan/tempat swasta lelaki ini hilang!!

19. Tajuk cerita: Die hard 4.0
Terjemahan lawak : mati keras 4.0

20. Dialog: I dont want to talk about it PerioD! PerioD! Period!
Terjemahan lawak :Saya tak mahu cakap lagi! Menstruasi! Menstruasi! Menstruasi

21. Dialog: this is my sister in law
Terjemahan lawak : inilah kakak dalam undang-undang saya

22. Dialog:Get the hell out of here!
Terjemahan lawak:- Ambil neraka keluar dari sini

23. Dialog: This is test in our life
Terjemahan lawak : Inilah peperiksaan dalam hidup kite

24. Dialog: You have another 30 seconds left
Terjemahan lawak:Kamu ada lagi 30 yang kedua tertinggal

35. Dialog: I was framed!!
terjemahan lawak : Saya telah dibingkaikan!!

Anda ada tak pengalaman ternampak sarikata yang lucu dan maksudnya ke laut?

Artikel sekadar santai…

SERIUS PELIK! Lelaki Ini Mempunyai Hobi Bergambar Dengan Couple Yang Sedang Bercium!

Selalunya, lokasi-lokasi dengan pemandangan yang indah dan menarik akan menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar kenang-kenangan. Namun, bagi seorang lelaki ini, tidak kira ke mana dia berkunjung, dia akan bergambar bersama dengan pasangan yang sedang bercumbu dan memuatnaik fotonya di Instagram. Nak tengok apa rupa gambar yang dia ambil, meh usha kat bawah ni..













p/s: Macam ni punya hobi pun ada ka?? Adusss =,='



MISTERI! Ini Punca Kenapa Orang Tua-Tua Tak Bagi Main Dekat Pokok Pisang Bila Senja!!!

Kalau mengikut petua nasihat orang tua-tua, jangan sesekali main dekat luar bila dah dekat senja, nanti disorok dek syaitan..Tambah-tambah pulak dekat pokok pisang..Nak tahu kenapa, meh usha kat bawah ni..


Tak tahu la yang ni spesies lelaki ke wanita..Hahaha


p/s: Sekarang dah tahu kenapa kan..Hehehe =D