TERBONGKAR! INI RAHSIA BAGAIMANA UNTUK SINGKATKAN HUTANG KERETA DARI 9 TAHUN KE 5 TAHUN SAHAJA!

Anak muda dan kereta tidak dapat dipisahkan. Ada tu bila dapat slip gaji terus ke bilik pameran kereta. Ada juga yang bergaji bawah RM2000 tetapi bayar ansuran kereta separuh daripada gaji.

Yelakan, belajar sampai universiti, kerja bagus takkan pakai motosikal je. Nak ngorat awek pun segan. Takkan nak ajak awek dating naik bas kot. Sekurang-kurangnya kena ada Myvi. Barulah senang nak angkut awek ye dak?

Tapi, amatlah rugi jika berhutang kereta sampai 9 tahun lalu menutup peluang untuk membeli rumah pertama.

Ini adalah pelan ataupun idea jika kau orang dah teringin sangat nak pakai kereta.

Diharap bakal graduan baca untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Kerana jika salah percaturan membeli kereta ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.



1. Kau orang dah dapat kerja dan teringin nak pakai kereta. Tahan kehendak tu selama setahun. Boleh kan? Tumpang kawan, naik motosikal dulu. Kalau kerja kau orang memerlukan kenderaan sendiri ataupun tiada jaringan pengangkutan awam tu lain cerita la.

2. Katakan kau orang dah berminat dengan kereta Myvi 1.3 Automatik misalnya. Harga dalam RM43K dan bulanan dalam RM464. Sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat tu. Mohon ASB Financing RM100K dulu. Tempoh pembiayaan: 30 tahun. Kadar keuntungan bank: 5.2%. Bulanan dalam RM585. Kalau kau orang mampu bayar ansuran kereta sebanyak RM464, kena tambah juga dengan kos minyak kereta dalam Rm200. Jadi, takkan RM585 bulanan tak mampu bayarkan kan kan.

3. Selepas setahun dividen ASB akan diumumkan. Katakan 7.25%. Dividen kau orang akan dapat ialah RM7250. Gunakan dividen RM7250 untuk bayaran ansuran kereta kau orang nanti. Deposit kereta pandai-pandai la kau orang cari ye.

4. Jika ansuran bulanan kereta kau orang dalam RM500. RM500X12 bulan = RM6000. RM7250-RM6000=RM1250. Ada lagi baki RM1250. Boleh kau orang gunakan untuk duit minyak, roadtax, maintenance, saman ke..kakakaka.

5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan dan gunakan dividen ASB bayar ansuran kereta.

6. Selepas 5 tahun, baki hutang kereta tinggal RM13,862. Terminate pembiayaan ASB RM100K. Dan hasil terminate ialah

Dividen terakhir: RM7250
Surrender value: RM7900
Jumlah kasar: RM15,150

7. Dah dapat pulangan pelaburan ASB terus bayar baki hutang kereta. Nah. Kan kereta sudah habis bayar dalam masa 5 tahun sahaja.

Itu sebab kau orang tengok kebanyakan kaum Cina, mereka akan bayar ansuran kereta hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Kalau nak jual balik kereta, masih bernilai tinggi lagi.

Kaum Melayu je yang terhegeh-hegeh bayar ansuran kereta sampai 9 tahun. Padahal beli kereta tak padan dengan gaji. Kakakaka.

Harga kereta yang disarankan sebenarnya ialah 12 bulan pendapatan bulanan kita. Contohnya gaji kau orang RM2500. RM2500X12 bulan=RM30,000. Sepatutnya kau orang beli kereta dalam lingkungan harga tersebut je. Ada faham?

Kau orang kena ingat, kereta ni liabiliti. Liabiliti ni mencuri wang daripada akaun bank kita. Kalau aset, dia memasukkan wang ke dalam akaun bank kita.

Harga kereta setiap tahun akan jatuh jika kau orang dah beli. Berbeza dengan aset dan hartanah dimana harga semakin naik. Jadi, beli kereta di bawah kemampuan lagi elok.

Ada orang lagi bijak. Dia gunakan aset hartanah / untung sewaan rumah untuk membeli kereta. Ansuran kereta ada orang bayarkan. Jika hartanah ada 3 buah dengan keuntungan rumah sewa RM300 setiap buah. Dia dah boleh pakai kereta secara percuma!!

Beli hartanah dahulu dan kau orang mampu beli kereta. Tapi kau orang beli kereta dahulu belum tentu kau orang mampu beli hartanah. Jadi rancanglah sebaiknya.

Kalau kau orang dah ada kereta dan nak buat pelan ni, kena korbanlah setahun bayar dua benda ni iaitu ASB Financing dan ansuran kereta. Anggaplah itu yuran ketidakpandaian kau orang masa zaman muda.

Aku harap pelan ni mampu mencetuskan idea ke kau orang. Kau orang jimat 4 tahun. Hutang kereta dah habis bayar. Bolehlah kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.

Kalau kau orang nak pakai kereta Honda Civic, buat ASB Financing RM200K. Ansuran dalam RM1100 sebulan. Takde la lepas 9 tahun kau orang dapat besi buruk jeeee. Kah!

Silakan share jika manfaat.

BENARKAH DALAM MAGGI ADA WAX? MITOS ATAU FAKTA?



Dikatakan mee segera mempunyai Wax ataupun bahasa melayunya adalah lilin. Wax ni bukan bermaksud lilin berserta sumbunya yang boleh dibakar tu. Tetapi Wax ini adalah bahan yang digunakan untuk menjadikan batang lilin. Yang mencair bila kita bakar.



Dalam post itu mengatakan di dalam Mee Segera mempunyai lilin. Ini kerana keadaannya yg keras sebelum itu dan akan menjadi lembut selepas dipanaskan sama seperti lilin. Perlu diketahui bahawa Maggi tersebut bukanlah menjadi lembut disebabkan ada lilin di dalamnya. Tetapi ia disebabkan air yang panas itu mampu meresap ke dalam maggi itu dan membuatkannya kembang dan lembut.

Sama seperti beras. Sebelum masak keras, apabila masak dengan air ia mengembang dan lembut.

Disamping itu, perlu diketahui bahawa wax juga dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuh-tumbuhan, sayur sayuran dan juga buah-buahan. Kesemua wax ini tidak boleh dicernakan oleh badan kita termasuk juga wax yang dihasilkan di dalam makmal.

Adakah itu bermaksud kita juga tidak boleh makan tumbuhan, sayuran dan juga buah-buahan. Sudah tentu tidak bukan.

Lagipun semua makanan terutamanya bahan yang tidak boleh dicernakan akan disingkirkan melalui najis termasuklah Wax. Hari ini makan insyallah esok akan keluar.

Sebagai tambahan, tiada lagi bukti yang Wax boleh menyebabkan kanser.

***Post ini bukanlah menggalakkan anda untuk mengambil Maggi setiap hari. Tetapi menjelaskan kekeliruan yang berlaku**

Sumber : Root of Science & Himpunan Cerita Lawak

Ini contoh mitos dalam masyarakat kita :


Berikut merupakan penjelasan yang betul tentang cara untuk makan mee segera dan penjelasan tentang wax di buah oleh Cik Hayati pakar nutrisi dari IMR (Institute For Medical Research)



8 PERKARA TENTANG LELAKI YANG RAMAI WANITA TAK TAHU

8 Perkara tentang lelaki yang wanita tak tahu



Untuk wanita-wanita diluar sana, bukan lelaki je kena faham tentang anda, mereka juga inginkan benda yang sama juga.

Jangan sampai deorang angkat kaki cari lain, baru nak faham apa yang mereka nak dan tentang lelaki, memang terlambat la jawabnya!

Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan kepada anda 8 perkara penting tentang lelaki yang wanita pandang remeh atau mungkin tak tahu.

1. Lelaki tak suka besarkan perkara remeh

Mungkin bagi wanita ia perkara penting tetapi ianya tidak bagi lelaki kerana banyak lagi perkara lain untuk difikirkan. Contohnya, kalau lelaki datang lewat! Perkara kecil je kot.

2. Tak suka wanita membebel & berleter

Untuk wanita,janganlah kuat membebel takut-takut nanti si lelaki cari lain, baru padan muka. Kalau dia buat salah, tegurlah secara lembut.

3. Tak suka wanita yang terlalu ambil berat

Nak ambil berat tu biarlah berpada-pada. Tapi, kalau dah setiap sejam tanya “awak kat mana?” “awak dah makan?” “.. Siapa tak rimas?

4. Bukan jenis tunjuk rasa sayang dengan kata-kata

Lelaki ni tunjukkan kasih sayang melalui perbuatan. Kalau lelaki kurang tunjukkan kasih sayang melalui kata-kata, tak bermakna mereka tak sayang…cuma malu je.

5. Lelaki tak suka perempuan gedik

Lelaki sukakan perempuan yang manja tapi bukan la yang mengada-ngada dan gedik. Meluat nanti.

6. Lelaki seorang yang ego

Jadi cara nak menghadapi ego lelaki mudah sahaja, jangan lawan egonya, tapi balas dengan kelembutan..pasti si lelaki tewas!

7. Lelaki tak suka terlalu dikawal

Rasanya wanita pun tak suka dikawal. Jadi, berikan sedikit ruang dan kebebasan pada lelaki..pasti si lelaki akan lebih menyayangi anda.

8. Lelaki tak suka perempuan kuat merajuk

Kalau merajuk sekali-sekala tu tak apa la juga, tapi kalau dah selalu sangat merajuk, letih si lelaki nak memujuk. Baik cari perempuan lain je!

INGIN BERISTERIKAN SEORANG DOKTOR? ANDA WAJIB TAHU PERKARA INI

Ingin beristerikan seorang doktor? Anda kena tahu perkara ini



Mungkin anda ketika kecil dahulu pernah bercita-cita menjadi seorang doktor. Tapi pernahkah anda bercita-cita untuk berkahwin dengan seorang doktor?

Mungkin kita pernah mendengar ungkapan ‘habislah kena kahwin dengan doktor’. Ungkapan ini mungkin wujud disebabkan persepsi dan juga realiti seorang doktor yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam hidup sehingga cabaran-cabaran itu menjadi sebahagian dari hidup mereka. Bak kata orang putih “You are what you do”.

Sekiranya bakal isteri anda seorang doktor atau bakal doktor, ini antara ‘cabaran-cabaran’ yang perlu anda hadapi.

1) Dia akan bekerja lebih dari 18 jam di hospital, dan jarang sekali dapat cuti untuk sehari. (Ini bermakna dia tidak akan mempunyai masa untuk temujanji yang panjang)

2) Dia akan sentiasa berada dalam keadaan kerja yang ‘stress’ dan mungkin akan memakai pakaian ‘scrub’, menunjukkan mereka adalah wanita jenis ‘low maintainance’ (Anda tak perlu beli mereka emas atau bunga, cuma tapau makanan untuk memujuk mereka).

3) Dia mengalami lebih ‘pengalaman’ dari apa yang boleh anda fikirkan seperti contoh kena muntah, melihat kematian dan lain-lain. (Disebabkan perkara ini, dia akan kurang ambil berat tentang perangai buruk atau keburukan anda).

4) Dia tak bergantung sangat kepada anda (dia boleh bawa kereta sendirian pada tengah malam atau subuh atau bawa kereta  beribu-ribu kilometer hanya untuk menghabiskan masa berasma anda)

5) Dia akan jarang memasak untuk anda (Tapi bila dia ada masa, dia tentu akan cuba yang terbaik).

6) Dia mungkin tidak akan ada sentiasa untuk ada (Tapi dia akan sentiasa belajar tentang diri anda dari jauh dengan belajar anatomy, biologi, psikologi, patologi dan macam-macam ‘logi’ lagi. Jadi dia mungkin tahu tentang diri anda lebih dari apa yang anda sangkakan.)

INFO PENTING! 4 PERKARA WAJIB ANDA TAHU TENTANG KERETA KLON

4 Perkara yang anda wajib tahu mengenai kereta klon




SEJAK akhir-akhir ini, kita sering disajikan dengan berita kereta mewah yang diklon dan dijual kepada orang ramai.

Ramai yang terpinga-pinga apabila mengetahui mereka telah terbeli kereta klon, malah lebih teruk, menerima saman atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Empat soalan di bawah dapat membantu anda memahami sedikit sebanyak tentang apa itu kereta klon, dan bagaimana mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa lapor Astro Awani.

APA ITU PENGKLONAN KERETA?

Identiti kereta anda dicuri oleh penjenayah dan digunakan pada kenderaan lain untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengklonan kereta juga dibuat oleh mereka yang melakukan kesalahan trafik dan enggan membayar saman.

BAGAIMANA PENGKLONAN KERETA DIBUAT?

Penjenayah akan memindahkan nombor pendaftaran dan nombor casis palsu, lazimnya daripada kereta yang mengalami kerosakan penuh (total lost) akibat kemalangan, kepada kereta klon.

Kereta klon kemudiannya diberikan identiti baharu dengan segala dokumen disediakan seperti cukai jalan dan geran kenderaan untuk urusan jual beli.

BAGAIMANA MAHU MENGENAL PASTI JIKA ANDA MENJADI MANGSA?

Anda menerima notis saman kesalahan trafik yang anda tidak pernah lakukan.

Anda diminta memberi keterangan atas ‘pembabitan’ kereta itu dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Anda ditahan ketika sekatan jalan raya dan diberitahu kereta anda adalah kereta klon.

CARA ELAK DARIPADA JADI MANGSA?

Ambil tahu perkembangan harga kereta semasa. Jangan beli jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada sepatutnya.

Periksa segala dokumen yang diberikan. Lebih baik, bawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan periksa kesahihannya.

5 PERKARA PERLU DILAKUKAN PELAJAR UNIVERSITI UNTUK TAMBAH DUIT

5 PERKARA PERLU DILAKUKAN PELAJAR UNIVERSITI UNTUK TAMBAH DUIT



Dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi ramai pelajar yang terpaksa mengikat perut sehingga memudaratkan diri semata-mata mahu berjimat. Mungkin ada yang dapat pinjaman dan tidak tetapi perlu diingat jangan berjimat tanpa tambah duit.

Berikut adalah 5 perkara yang mungkin boleh membantu anda untuk keluar dari masalah kewangan.

1. Di Universiti Ada Gerai Makan Bukan? Kerja Di Situ

Mula-mula masuk universiti anda tidak dapat pinjaman lagi. Apa yang anda boleh lakukan adalah kerja di gerai makan sama ada di dalam atau di luar kawasan universiti. Asalkan tidak ponteng kelas dan mengabaikan pelajaran. Kerja di gerai makanan ini dapat makan percuma adalah gaji sikit-sikit.

2. Dapat Duit Pinjaman, Beli Printer

Bila sudah dapat pinjaman anda perlu beli printer. Jika tiada laptop untuk sambungkan dengan printer jangan risau cari kawan yang boleh jadi business partner. Letakkan harga yang kena dengan harga semasa. Contohnya sekeping 20, 30 sen kiralah sendiri jika ramai yang datang lebih-lebih lagi hujung semester. Pastikan anda simpan duit untuk rolling beli katrik baru atau dakwat baru.

3. Guna Duit Pinjaman Beli Makanan Ringan

Jual makanan ringan, topup, air kotak, air tin, choki-choki dan lain-lain lagi di blok asrama. Pastikan ada catatan harian dan kira apa yang anda jual. Biar ada sistem walau simple saja. Pandai-pandai gunakan duit PTPTN untuk dapatkan gandaan. Daripada simpanan hasil jualan sebegini, anda dapat kurangkan bayaran pinjaman PTPTN jika tak banyak sangat guna. Seksa tahu mahu bayar interest bertahun-tahun.

4. Puasa Sunat Isnin, Khamis

Bila anda berpuasa sunat Isnin dan Khamis, anda hanya perlu belanja 5 hari sahaja dalam seminggu.

5. Berniaga Secara Offline Atau Online

Bila duit pinjaman masuk, jangan cari kawan yang memang ada duit, nanti anda kena buat kerja seorang diri. Cari kawan yang sama susah macam anda yang jenis makan maggi seminggu enam kali. Orang susah saja faham macam mana nak cari jalan keluar dari kesusahan. Beli barang yang anda boleh jual secara online mahupun offline.

ISU QU PUTEH - Ini Hasil Eksperimen Merkuri Pada Produk Qu Puteh

Eksperimen Merkuri Pada Produk Qu Puteh



 Seorang netizen membuat eksperimen untuk mengkaji kandungan merkuri yang didakwa terkandung dalam produk Whitening Qu Puteh. Hasil yang didapatinya sangat mengejutkan.

Pengguna Facebook, Paridah Ghani tampil menjalankan eksperimennya sendiri untuk mengkaji samada benar atau tidak produk Qu Puteh mengandungi merkuri sehingga diharamkan dan ditarik balik.

Ikuti kajian dari beliau di bawah ini dan ulasan mengenainya.

Qu putehhh qu putehh baru la putihhh..muahhhh!!!

katenye ada merkuri kan...den pn try la jd mcgyver buat test dgn emas n bakor...xde pn ccn emas jd hitam...bakor pn xde plak jd hitam...jd kt mana merkuri yg tingi nye???

Ingt kan den ngn RKG je sering dilanda fitnah...my idol dato vida pn kena...ermm mcm mana la melayu nk maju...phd xhabis2...takat tu je la melayu oii mmg ramai org kita xsuka bangsa sndiri maju...nmpk nak naik ckit ada je xkena...itu xkena ini xkena...celik mata bukak minda tgk bangsa lain..ada ke mcm bangsa kita..tepuk kepala tanye akal.





ISU QU PUTEH - Ketahui Perbezaan Kandungan Merkuri Dalam Qu Puteh & Vaksin

Merkuri Dalam Qu Puteh Dipersoal Tapi Dalam Vaksin Tidak



Merkuri: Qu Puteh Vs Vaksin

Ramai yang tidak berpuas hati apabila produk Qu Puteh Whitening diharamkan kerana mengandungi merkuri sehingga mengaitkan dengan kandungan kimia itu di dalam vaksin.

Berikut merupakan persoalan yang timbul.



Dan ini merupakan ulasan ilmiah Pseudoscience Watch mengenai isu yang timbul ini.

Edisi: Antivax ataupun yg Unvaxxkan anaknya tanya soklan. So, kami tolong jawabkan

Ada yang bertanya kenapa kandungan mercury di dalam produk Qu Puteh dipersoalkan. Tetapi kandungan mercury di dalam vaksin tidak dipersoalkan.

Pertamanya anda kena faham sesuatu yang dinamakan sains. Dan di dalam sains ada satu subject namanya chemistry. Dan di dalam subject chemistry ini ada menerangkan kenapa perkara itu berlaku. Klu awak tak belajar chemistry awak memanglah tak tahu.

Saya bagi satu contoh yg senang agar anda semua faham tentang pentingnya ilmu kimia dalam menceritakan sesuatu perkara. Jikalau anda fail kimia, maka anda akan banyak membantah perkara2 yang anda sendiri dangkal tentangnye.

Sebagai contoh garam dapur yg selalu kita gunakan. Nama kimianya adalah sodium chloride(NaCl). Ianya selamat digunakan dan cuma memberi rasa masin di lidah. Tetapi jika kita cuba isolatekan kedua2 bahan ini menjadi 'sodium metal' dan 'chlorine gas' sahaja, maka bahan ini sgt aktif dan berbahaya.

Cukuplah jika anda meletakkan 'sodium metal' ini di atas lidah anda, mgkn muka anda sudah berkecai dahulu sebelum sempat anda menutupkan mulut. Begitu juga jika 'sodium metal' itu diletakkan di dalam air. Maka, ianya akan menghasilkan satu bahan yang baharu iaitu sodium hydroxide(NaOH) yang bersifat alkali dan sgt kuat menghakis. Senang cerita, setiap gabungan unsur2 yang berlainan akan menghasilkan effect yang berbeza.

Dalam bab pemutihan yang digunakan oleh produk Qu Puteh ianya mengandungi mercury. Mercury jenis apa? Iaitu antara mercury dichloride atau ammoniated mercury. Kedua bahan ini mampu menghilang pigment yang menyebabkan warna kulit menjadi gelap. Malangnya bahan ini mempunyai 'Half-life' yang lama di dalam badan manusia. Maksudnya mecury dichloride atau ammoniated mercury lambat dibuang drpd pada kita dan menyebabkan mercury toxicity.

Berlainan pulak dgn komponen Thimoresal di dalam vaksin. Nama kimianya dikenali sebagai Sodium ethylmercurithiosalicylate. Di dalam bahan tersebut mengandungi ethylmercury yang dimana 'half-life' di dalam badan manusia tidak sampai seminggu pun. (Ko bukannya nak cucuk vaksin setiap hari pun)

Akhir sekali saya nak bagitahu je. Dah takde pun unsur mercury dalam vaksin ni kecuali beberapa vaksin untuk selsema(Flu vaksin).

Saya bukan provaksin pun sebenarnya. Tapi saya pro-knowledge. Saya berpegang pada ilmu dan fakta yang benar. Bukan berpegang pada ketaksuban yang tidak berasas.

MEMANG BERKESAN! Cerahkan Lingkaran Bawah Mata Anda Dengan Petua Ini

FAKTA! CERAHKAN KAWASAN BAWAH MATA DENGAN PETUA INI

Kulit bawah mata adalah kawasan kulit yang paling sensitif. Oleh itu, anda seharusnya memberi perhatian yang lebih terhadap kawasan berkenaan. Lapisan kulit di bahagian itu sungguh nipis dan senang untuk terjejas.



Lingkaran gelap bawah mata atau dark under eye circles adalah perkara yang normal untuk terjadi kepada semua individu, walau bagaimanapun, punca terjadinya masalah itu adalah berlainan antara satu dengan yang lain.

Salah Faham Mengenai Lingkaran Gelap Bawah Mata

Tidak dinafikan, ramai yang menganggap lingkaran bawah mata adalah berpunca oleh waktu tidur yang tidak mencukupi. Walhal, itu bukanlah sebab yang munasabah untuk permasalahan ini.

Terdapat banyak faktor mengapa lingkaran gelap ini berlaku. Demi melawan serta menghapus lingkaran gelap ini, ada baiknya jika kita ketahui puncanya terdahulu. Di samping itu, ada banyak petua semula jadi yang bisa merawat serta menghapus lingkaran gelap bawah mata.

Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata

Alahan: Alahan serta masalah hidung tersumbat boleh menjadi sebab utama lingkaran gelap bawah mata. Walaupun masalah hidung tersumbat kedengaran remeh, tetapi ia sebenarnya menyebabkan urat yang berhubung dari kawasan sekeliling mata hingga ke dalam hidung mengembang dan menjadi gelap. Ini termasuk alahan kepada makanan serta alahan terhadap persekitaran.

Kekurangan Vitamin: Kekurangan zat atau kandungan vitamin dalam badan akan mengakibatkan lingkaran gelap bawah mata. Ini kerana, kulit adalah organ yang paling besar pada badan manusia. Jika terdapat kekurangan zat yang menyebabkan kondisi badan anda bermasalah, kulitlah yang akan mendapat tempias. Anda mungkin kekurangan vitamin B12, E, K, dan D.

Keturunan: Ada logiknya juga jika masalah lingkaran bawah mata ini disokong oleh faktor genetik atau keturunan. Sebagai contoh, seseorang individu itu mewarisi lapisan bawah mata yang terlalu nipis sehingga urat-urat di bawah lapisan kulit bawah mata terlihat lebih menonjol, menyebabkan kompleksi tona wajah menjadi gelap. Inilah sebab mengapa lingkaran gelap itu lebih menyerlah.

Lemah Hati: Jika organ hati anda tidak dapat berfungsi dengan baik, adalah sukar baginya untuk menghapuskan serta menyah toksin daripada badan. Ramai yang mengakui mereka dapat melihat perbezaan lebih baik terhadap penampilan lingkaran gelap bawah mata mereka selepas melakukan pembersihan hati dan detoksifikasi.

Petua Semula Jadi Untuk Mengurangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata


Vitamin E Topikal

Merujuk kepada satu kajian, penggunaan krim yang kaya dengan kandungan Vitamin E boleh mengurangkan keterampilan lingkaran gelap bawah mata.

Pudina

Menempel campuran atau pes daun pudina yang telha hancur pada bahagian bawah mata dikatakan amat berkesan untuk mengurangkan warna gelap berkenaan.

Vitamin A, C, E dan K Topikal

Krim yang mengandungi Vitamin A, C, E dan K secara efektifnya bisa membaiki lingkaran bawah mata apabila di sapu 2 kali sehari. Labu juga boleh digunakan sebagai masker bawah mata kerana mengandungi Vitamin A, C dan K.

Ubi Kentang

Untuk menggurangkan lingkaran bawah mata serta bengkak, anda boleh manfaatkan hirisan ubi kentang atau sapu jus ubi kentang pada kawasan kulit yang terlibat.

Uncang Teh

Uncang teh yang telah disejukkan boleh membantu mengurangkan lingkaran gelap serta-merta. Selepas merendam uncang teh dalam beberapa ketika, simpan ia di dalam peti sejuk sebentar. Selepas sejuk, letak ia pada permukaan bawah mata selama 15 – 20 minit.

Tidur Yang Cukup

Kekurangan tidur bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap ini, tetapi, ia akan mengeruhkan masalah tersebut. Jika anda mendapat tidur yang kurang, kulit anda akan hilang keanjalan serta kelembapan.

Dehidrasi

Kekurangan air dalam badan akan menyerlahkan lagi penampilan lingkaran gelap berkenaan. Apabila badan anda mengalami dehidrasi, anda akan hilang kelembapan kulit, sekaligus memberi kesan buruk terhadap kawasan sensitif bawah mata.

Kurangkan Pengambilan Garam Berlebihan 

Garam dan elektrolit diperlukan untuk badan berfungsi. Tetapi, jika diet pemakanan anda merangkumi pengambilan garam yang berlebihan, ia akan mendorong aktiviti pengumpulan air dalam badan yang tidak normal di antara tisu dan rongga badan. Oleh itu, gantilah dengan pengambilan/penggunaan garam laut mahupun garam Himalaya jika perlu.

Selamat Beramal!

Ketahui Cara Mencukur Bulu Ketiak Agar Tidak Hitam

CARA BETUL CUKUR BULU KETIAK SUPAYA TIDAK HITAM



Membuang bulu ketiak boleh membantu mengurangkan bau dan merupakan norma budaya di banyak tempat. Bercukur adalah salah satu cara paling berkesan yang melibatkan kos rendah untuk menghilangkan bulu ketiak. Kaedah yang paling biasa termasuk menggunakan pisau cukur biasa ataupun pencukur elektrik, manakala penggunaan pencukur lurus adalah tidak digalakkan.

Yang menjadi masalah sekarang adalah kesan selepas mencukur. Ramai yang mengadu mengalami masalah ketiak hitam akibat kerap mencukur bulu. Atas sebab itu, kami ingin kongsikan kepada anda teknik yang betul dalam mencukur bulu ketiak supaya tidak menghitamkan kawasan berkenaan.

Berikut adalah cara-caranya:

1. Cukur dalam keadaan basah

Bagi memudahkan proses mencukur bulu ketiak, basahkan kulit ketiak terlebih dahulu dan mulakan mencukur bulu secara perlahan-lahan. Kulit ketiak yang kering berisiko untuk luka ketika mencukur dan bakal mengalamai kesan sampingan yang tidak elok untuk ketiak anda. Bekas luka juga akan membuatkan ketiak menjadi gelap.

2. Guna pisau cukur berkualiti

Pastikan anda menggunakan pisau cukur yang berkualiti dan bersesuaian. Pisau cukur yang digunakan haruslah tajam dan dalam keadaan yang baik, iaitu bersih dan tidak berkarat.

3. Guna krim mencukur

Teknik selamat dalam mencukur bulu ketiak agar tidak terluka adalah dengan menyapu sedikit krim mencukur pada ketiak sebelum anda memulakan proses mencukur. Krim tersebut akan membantu melembutkan bulu dan melancarkan proses mencukur itu sendiri. Cara ini disarankan buat anda yang memiliki masalah kulit ketiak kering.

4. Guna pelembap

Setelah selesai mencukur bulu, urut lembut kulit ketiak anda dengan menggunakan pelembap seperti krim ataupun losyen badan. Kaedah ini dilakukan bertujuan untuk memberi kelembapan pada kulit ketiak agar ia tidak menjadi kering dan rosak.

5. Tukar pisau cukur secara berkala

Sebagai langkah keselamatan, pisau cukur yang digunakan haruslah diganti secara berkala, setidaknya 3-4 kali setiap bulan. Buang semua pisau cukur yang berkarat dan tidak boleh digunakan lagi.

APA SALAH PETRONAS? Bekas Pekerja Petronas Jawab Tuduhan Negatif Orang Ramai

Sejak kebelakangan ni macam-macam yang berlaku di negara kita. Dari berita Menteri Besar Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz akan dilucutkan jawatan, biasiswa JPA akan dimansuhkan dan juga berita bahawa Petronas akan membuang pekerja diatas sebab ekonomi negara yang makin gawat serta harga minyak dunia jatuh.

Oleh dari hal itu, Petronas tak dapat lari dari terima respon negatif dari sesetengah masyarakat. Tak senang dengan hal itu, bekas pekerja yang sudah 5 tahun bekerja dengan Petronas buka mula tentang isu ni. Harap-harap dapat buka minda anda semua.

“Apa Salah PETRONAS?” 



Sejak kecoh tentang harga minyak dunia yang jatuh merudum, banyak sangat rumours tentang masa depan PETRONAS yang merupakan penyumbang UTAMA kepada budget negara.

Ada rumours yang cakap gaji staff PETRONAS akan dikurangkan sebanyak 10-30%.

Ada juga rumours yang cakap PETRONAS akan offer VSS kepada staff mereka untuk mengurangkan kos.

(Semuanya masih di peringkat RUMOURS selagi mana belum ada pengesahan daripada pihak PETRONAS sendiri.)

Yang saya pelik…

Kenapa ramai yang macam ‘suka sangat’ bila baca rumours tentang nasib staff PETRONAS?

Apa salah pekerja PETRONAS sampai ada yang PERLI dan KUTUK mereka seolah2 merekalah punca harga minyak dunia jatuh dan negara berhadapan dengan krisis kewangan?

Walhal masa ‘zaman kegemilangan’ harga minyak dunia, PETRONAS menyumbang dana yang sangat besar kepada negara.

Dan pekerja PETRONAS lah antara yang berkerja keras untuk memastikan perkara tersebut berjaya direalisasikan.

Jadi…

Apa salah PETRONAS?

Mereka dah banyak menyumbang kepada negara.

Duit takde sekarang bukan salah PETRONAS, tapi salah pihak yang menguruskan duit yang disumbangkan oleh PETRONAS.

Ada yang tak puas hati sebab pekerja PETRONAS kononnya gaji dan bonus besar sangat…

Percayalah…

Kerja di PETRONAS bukan kerja goyang kaki masuk lambat balik awal (lepas tu dapat gaji besar).

Ramai pekerja di PETRONAS yang masuk kerja awal (seawal jam 6.30 pagi) dan terpaksa pulang lewat malam.

Saya tau benda ni sebab saya pernah bekerja di PETRONAS selama 5 tahun.

Dan saya ada ramai kawan dan family members yang masih di PETRONAS.

Mereka masih bekerja keras; keluar awal pagi dan balik lewat malam untuk memastikan PETRONAS boleh bagi duit pada negara.

Adalah tidak adil dan tidak wajar untuk mengutuk dan memerli mereka seolah2 cabaran yang kita sedang lalui adalah salah mereka.

Sebaliknya sepatutnya kita BERSYUKUR mereka masih bekerja keras untuk negara.

Dan kita patut DOAKAN supaya masa depan mereka kekal cerah dan dipermudahkan oleh Allah.

Hari ini mereka sedang diuji.
Esok lusa, mungkin kita pula.

Sekian bebelan di pagi Jumaat.

Firdaus Azizi

Bekas Pekerja Oil & Gas smile emoticon
.
#‎PrayForPETRONAS
#‎PETRONASTakBersalah

Nota Kaki:

Kepada yang claim PETRONAS ‘curi’ hak orang Sabah dan Sarawak @ royalti…

Tolong faham bahawa PETRONAS takde kuasa nak tentukan berapa royalti yang dibayar pada setiap negeri.

Itu semua kuasa pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Hence…

Kalau nak ubah pembahagian royalti, kenalah ubah pemimpin @ kerajaan.

PETRONAS as a company takde kuasa.
Staff PETRONAS apatah lagi…

Ramai jer orang Sabah & Sarawak dapat kerja di PETRONAS dan company Oil & Gas lain.

KISAH BENAR! Pendedahan Tips RAHSIA Suami Isteri Dilimpahi Rezeki Sehingga Menjadi Kaya Raya

Tips RAHSIA suami isteri dilimpahi rezeki yang tak putus didedahkan



Jika sebelum ini (atau sekarang ni) kita rasa rezeki kita macam tak cukup, ada saja yang tak kena. Salahnya mungkin ada pada kita sendiri.

Memang betul kita kena bersyukur, tapi kita juga wajib usaha untuk mendapat rezeki yang lebih dari Allah. Namun usaha je tak cukup tanpa tawakal.

Kisah pasangan suami isteri ni sangat menarik. Dulu masa kahwin zero. Apa pun tak ada. Dulu juga mereka tak solat sampai dulu surah dan cara solat. Namun, bila mereka istiqamah dalam mengamalkan tips RAHSIA ini, rezeki mereka melimpah ruah tak  putus.

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Mentari Hidup Full.

Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin ‘kosong ‘ , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . Byk cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.

Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat

Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah.

Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak .

Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . – ayat seorang jahil . Astagfirullah

Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.

✅ Maksud REZEKI
– kasih sayang
– kewangan
– kesihatan
– ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1. Solat awal waktu
Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2. Solat Dhuha
– eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
– Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
– Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud
– buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
– Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
– Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah
– beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
– Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5. Baca Al-Quran
– paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
– Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6. Istighfar setiap hari
– baca zikir ‘Ya Wahhab’ je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7. Jaga Wuduk setiap hari
– latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..

Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua…

Salam…

BERKESAN! Cara Mudah Menghilangkan Migrain Dengan Cepat!

Cara mudah menghilangkan migrain dengan kadar segera



Hanya mereka yang pernah mengalami migrain yang mengetahui kesakitan sebenar apabila diserang migrain.

Amat sukar untuk melawan kesakitan ini kerana semua benda tidak jadi, walaupun cuma untuk melakukan tugas paling mudah.

Dan lebih teruk lagi juga kita mula mengambil ubat penahan sakit dengan kerap setiap kali mingrain. Ini bukanlah satu perkara yang baik. Dikatakan selepas beberapa ketika, badan kita tidak lagi bertindakbalas dengan ubat penahan sakit.

Ubat tahan sakit tidak akan membantu lagi. Untuk alternatif yang selamat dan berkesan.

Memetik healthylifeland.com, apa kata cuba tips dan petua berikut :



Bahan-Bahan :  

– Sedikit kulit lemon  

– Jus perahan lemon  

– Garam Himalaya Garam adalah baik untuk kesihatan anda kerana ia meningkatkan kada serotonin yang khasiatnya dapat membuat sistem imun anda kuat.

Cara-Cara :  

– Campurkan jus dua lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk  

– Masukkan bersama-sama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya  

– Campur dalam segelas air  

– Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya tidak berapa sedap. Dalam masa yang hanya beberapa minit selepas mengambil minuman ini, anda akan mendapati migrain anda hilang.

Kami tidak janji petua ini menjadi, cuma tidak salah mencuba bukan? kalau ada yang sudah mencuba dan menjadi, sila beritahu kami juga! *Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ambil garam dalam kuantiti yang berpatutan.

Ketahui Cara Meletakkan 'Password' Pada Aplikasi WhatsApp



Aplikasi WhatsApp tidak mempunyai sistem kata laluan atau ciri-ciri keselamatan seperti itu yang dibina ke dalam aplikasi tersebut.

Sekiranya perlu untuk meletakkan kunci kata laluan pada mana-mana aplikasi pada sesebuah telefon pintar, terdapat banyak aplikasi berfungsi mengunci apa-apa aplikasi dengan kata laluan di laman web Google Play.

Namun begitu, ada satu aplikasi yang seumpama itu yang boleh digunakan khusus untuk aplikasi WhatsApp iaitu aplikasi WhatsApp Lock.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk telefon pintar berasaskan sistem Android di laman web Android Store Play.

Oleh kerana tiada pilihan keselamatan di aplikasi WhatsApp, satu-satunya perkara yang perlu dilakukan untuk melindungi perbualan menerusi aplikasi ini adalah bergantung kepada mana-mana aplikasi kunci dengan kata laluan oleh pihak ketiga.

Aplikasi WhatsApp Lock ini menambah satu bentuk perlindungan yang penting bagi mesej dalam aplikasi WhatsApp ini.

Anda boleh menggunakannya untuk melindungi atau mengunci perbualan dalam aplikasi WhatsApp dengan nombor Nombor Pengenalan Persendirian (PIN) empat angka.

Perlu diingatkan, setelah pemasangan aplikasi WhatsApp Lock dibuat, aplikasi ini agak sukar untuk dinyah pasangkan secara biasa.

Apabila memulakan aplikasi WhatsApp Lock buat kali pertama selepas ia telah dipasang, anda akan digesa untuk memilih nombor PIN sebanyak empat angka dan seterusnya perlu mengesahkan nombor PIN tersebut.

Nombor PIN ini berfungsi seperti mana kata laluan untuk melindungi aplikasi WhatsApp daripada dibuka oleh orang lain tanpa kebenaran empunya telefon pintar tersebut.

Apabila seseorang mencuba untuk membuka aplikasi WhatsApp, ia akan memaparkan satu kotak dialog untuk kemasukkan nombor PIN.

Secara lalainya selepas pemasangan aplikasi WhatsApp ini, aplikasi ini terus dikunci sekiranya dibiarkan dalam satu jangka masa.

Walau bagaimana pun, fungsi ini boleh disetkan mengikut masa tertentu yang sesuai.

Antara aplikasi lain yang boleh digunakan adalah seperti aplikasi AppLock, Lock For WhatsApp, Chat Lock dan lain-lain.

Sumber: Utusan.com.my

Anda Ada Migrain? Keliru Dengan Sakit Kepala & Migrain? Ini Jawapannya

Migrain Bukan Sakit Kepala



Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari.

Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah teruk atau kronik, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

Migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

Migrain dianggap sebagai satu sindrom dan selalu digambarkan sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa dan diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya.

Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.

Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Ujian menentukan kategori sakit kepala

Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:

1. Adakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?

2. Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?

3. Adakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain.

Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.

Malangnya, tiada penawar untuk migrain pada ketika ini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati.

Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain bagi membantu menentukan rawatan terbaik.

Sumber: e-kesihatan

Apa Yang Perlu Kita Lakukan Jika Ada Kematian Secara Tiba-Tiba Di Rumah Kita?

Wajib Baca! Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita?



Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik.. Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:

■Jangan cemas
■Tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
■Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
■Letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
■Tangan diikat dengan perca kain.
■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
■Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
■Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
■rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
□Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
Share dgn semua orang.
.
TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN

Wallahu’alam.

Sumber: Hisyamuddin Lg

Via : Berita Harian Online