Remaja Meninggal Kerana 8 Minggu Tahan Berak

Seorang remaja berusia 16 tahun,Emily Titterington memiliki satu masalah iaitu fobia dan sering menahan diri daripada berak sehingga menjangkau lebih 2 bulan. Dan akibatnya Emily meninggal dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh sembelit setelah 8 minggu tidak membuang air besar.



Akibat daripada menahan berak, ususnya membesar sehingga rongga dadanya mendapat tekanan lebih yang mengakibatkan pergerakan organ lain.

Sebenarnya, penyakit ini boleh dirawat dengan diberikan ubat yang sesuai namun Emily mengelak untuk berjumpa membuat pemeriksaan.

Dr Amanda Jeffery, ahli patalogi yang melakukan post-mortem menyatakan keadaan ini sangat dramatis dan tidak seperti yang pernah dilihat sebelum ini. Gejala yang dialami oleh Emily adalah gelaja 'penahanan tinja' yang umumnya dihidapi oleh kanak-kanak.

Emily yang mengidapi autisme ringan dikatakan telah dipujuk ibunya untuk menjalankan pemeriksaan di hospital.

Sewaktu mayat Emily dipindahkan, Taylor, seorang paramedik terkejut melihat keadaan perut Emily yang memanjang selain tulang rusuk terkeluar dari tulang kemaluannya.

Keluarga tersebut telah berusaha sedaya uapda untuk mengatasi masalah yang dihadapi Emily namun Emily tetap berdegil sehingga meragut nyawanya sendiri.

Artikel Terkait